Kepada semua pelawat blog RMO, mungkin agak tertanya tanya dengan tajuk post diatas yang berbunyi (actually x bunyi pun) Kepompong Yang Pecah. Term tersebut hanyalah sebagai simbolik semata-mata, simbolik yang bukan kecil dan saja-saja tapi cukup besar ertinya kepada setiap ahli RMO. Pecahnya kepompong menandakan bermulanya perjalanan seribu impian RMO demi melakar seribu satu khidmat seni ke seluruh semenanjung sebagai titik mulanya.
Setakat detik ini, RMO telah mula mengorak langkah di sekitar selatan dan utara tanahair. Biarpun baru bertatih dan terkadang hampir tersungkur dek tersadung seribu ranjau, namun usaha ini tetap diteruskan, usaha demi memartabatkan bangsa anak seni ke suatu persada yang cukup disegani, dan besar harapan kami agar kehadiran tidak sebesar mana ini dapat diterima baik oleh masyarakat juga rakan searena.
Selasa, 4.23 pagi, melalui platform dot blogspot inilah RMO mula bertapak dan mula melangkah sedikit demi sedikit sehingga mampu berlari melalui platform sendiri kelak. Insyaallah..Jika ada sebarang pendapat & cadangan sila kemukakan kepada kami, besar tapak tangan kawah nyiru kami tadahkan. Sehingga waktu ini, nantikan update terbaru dari kami...
No comments:
Post a Comment